Lirik Lagu Gurauan Berkasih - Siti Nordiana feat Achik Spin

Lirik Lagu Gurauan Berkasih - Siti Nordiana binti Alias atau lebih dikenali dengan nama panggung Siti Nordiana (Nana) adalah seorang penyanyi wanita berkebangsaan Malaysia. Penyanyi yang akrab di panggil Nana tersebut lahir di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan (lahir 22 November 1984). Beliau juga mempunyai darah campuran antara Melayu-Minang. Nama Siti Nordiana semakin meningkat selepas menyertai dan menjuarai Gegar Vaganza pada musim 2. Beliau juga mendapat digelar sebagai "The Finesse Queen of Leman" oleh blogger tempatan.

Siti Nordiana juga pernah membuat single bersama Achik Spin. Achik Spin sendiri adalah seorang penyanyi terkenal berkebangsaan Malaysia yang telah menjadi penyanyi sejak masih kecil. Single tersebut berjudul Gurauan Berkasih feat. Achik Spin. Berikut lirik lagunya.


Lirik Lagu Gurauan Berkasih feat. Achik Spin - Siti Nordiana

Usik mengusik, semakin lama menjadi rindu
Hati merindu, asyik merindu
Tersentuh rasa, tidak terduga timbullah sayang
Andai tak jumpa, menjadi dendam

Gurau gurauan masih terasa dalam bayangan
Setiap detik ingin bersama memadu kasih
Apakah hati dah gila bayang
Merindu kasih, darimu sayang

Andai ketara rajuk dihati
Jangan sampai merosak cinta
Andai payah merawat rindu
Hadirlah hadirlah sayang

Rindu dendam bisa terubat
Andai sudah bertentang mata
Pasti kasih berpadu
Terlerai rindu di hati

Indah dirasa
Waktu berkasih
Kita saling merayu
Merindu di angin lalu

Ingin ku sentuh hatimu sayang dalam rinduku
Moga kau tahu hebatnya cinta di hati ini
Sekian lama, memendam cinta
Payah ku rasa menyeksa jiwa

Gelora cinta mengkhayal rasa dalam angan ku
Setiap waktu hanya namamu mekar di kalbu
Sayang menyayang ceria rasa
Antara kita tersimpul kasih

0 Response to "Lirik Lagu Gurauan Berkasih - Siti Nordiana feat Achik Spin"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel